Saturday, 9 September 2017

Hargai

Pertemuan kita adalah satu anugerah,
Perkenalan kita adalah yang istimewa.

Sedaya upaya saya,
Semampu saya,
Cuba buat awak tersenyum,
Cuba buat awak ketawa.

Apa yang ada dalam fikiran saya,
Adalah awak.
Apa yang saya tahu,
Kebahagiaan awak.
Apa yang ada dalam hati saya,
Cinta untuk awak.

Tak pernah terfikir awak akan khianati cinta ini,
Kerana hati awak bukan hanya untuk saya,
Katanya cinta tapi buktinya tiada,
Awak pergi dan memilih dia.

Tinggal saya,
Yang selalu menunggu cinta awak,
Sendiri saya,
Yang bersama sisa kasih sayang awak,
Hanya saya,
Yang sentiasa berharap awak hanya milik saya.

Kebahagiaan awak, adalah milik saya,
Bukan dia.
Senyum dan ketawa awak, hanya untuk saya,
Bukan dia.
Hidup awak kerana saya,
Bukan dia.

Saya, menunggu agar suatu hari nanti, awak sedar dan datang hargai saya 🌷

Share:

0 comments:

Post a Comment