Assalamualaikum
Dia, lelaki yang aku suka.
Pertemuan kita sudah semestinya tidak dirancang. Tapi kerana kehendakNya, kita dipertemukan.
Aku, seorang yang pernah dikecewakan, sehingga tiada lagi kasih sayang. Tak kenal apa erti nya cinta. Hati ini bersarang, ku kuncinya dari semua orang, semua jenis kasih sayang. Kerana pekhianatan itu, aku lali pada cinta.
Aku yang pada asalnya fikir sudah terlalu kuat, sudah terlalu masak dengan kata cinta, akhirnya jatuh tersungkur kembali. Hadir mu membuka kembali hati ini. Berikan aku senyuman, hadiahkan aku kebahagiaan. Ku letakkan jurang dalam percintaan ini, agar tidak aku rebah kembali. Namun, hati ini terlalu lemah, kau kembalikan kasih sayang itu, kau kembalikan kebahagiaan itu.
Pada mulanya, ku anggap semua itu ikhlas seikhlasnya. Sepenuh kepercayaan telah ku letakkan kepadamu. Namun, akhirnya kau hancurkan. Hati yang aku berikan, kau lukakan. Cinta yang aku semaikan, kau khianati. Kebahagiaan yang selama ini terbina atas dasar penipuan.
Aku hanyalah persinggahan mu. Aku hanyalah sekadar boneka bagimu. Sedangkan dia, yang engkau cintai. Dia, yang bertakhta dihatimu. Semestinya bukan aku. Tapi kerana cinta, aku biarkan sahaja. Aku terima diduakan kerana janji mu, tak akan melukai, tak akan meninggalkan.
Ku simpan segala cemburu, ku pendam kan segala kedukaan ku, hanya untuk kamu. Ku lakukan segalanya untuk bahagia mu, demi senyuman mu, hanya untuk mendengar ketawamu.
Pengorbanan ku hanya sia-sia, aku tak pernah dihargai. Kau pergi kepadanya, kau tinggalkan aku. Janji hanya tinggal janji. Aku hanya boneka mu. Tak pernah aku persoalkan, sebegini aku dipermainkan.
Tak usah kata sayang, jika kau kini hilang. Tak usah kata cinta, jika kau telah mendua. Tak usah kata rindu, jika cintamu palsu.
Aku selalu disini mengenangkan setiap detik kebahagiaan kita. Ku simpan detik manis kita berdua sebagai memori yang terindah, ku jadikan detik pahit kita sebagai pengajaran. Menanti agar suatu hari nanti kita dipertemukan kembali oleh Dia. Andai itu takdirNya, pertemuan itu pasti akan berulang kembali 🌹
0 comments:
Post a Comment