Saturday, 9 September 2017

Harapan

Dulu awak datang,
Dan kemudian awak pergi,
Awak pilih dia dari saya,
Yang setia disisi awak.

Dan kini, awak kembali,
Datang menyinari,

Saya dengan ego saya,
Masih cuba menjauh,
Namun kasih sayang awak sangat istimewa,
Membuka kembali pintu dihati,
Yang sudah lama tertutup.

Hadir awak membawa satu harapan,
Harapan yang awak pernah hancurkan,
Perit dan pedih yang dulunya,
Masih tersisa.

Membuatkan saya, takut.
Takut untuk mencintai,
Takut untuk mempercayai,
Tapi,

Segalanya berubah,
Saya terlalu sayang,
Saya terlalu cinta,
Awak, dan selamanya awak,

Jangan pergi lagi,
Jangan tinggalkan saya lagi,
Jangan sakiti saya untuk yg kedua kalinya,
Dan jangan khianati cinta saya untuk awak.

Jadilah yang terakhir untuk saya, supaya saya akan selamanya bersama awak.

Saya sayang awak dulu, sekrang dan selamanya 💖

Share:

Hargai

Pertemuan kita adalah satu anugerah,
Perkenalan kita adalah yang istimewa.

Sedaya upaya saya,
Semampu saya,
Cuba buat awak tersenyum,
Cuba buat awak ketawa.

Apa yang ada dalam fikiran saya,
Adalah awak.
Apa yang saya tahu,
Kebahagiaan awak.
Apa yang ada dalam hati saya,
Cinta untuk awak.

Tak pernah terfikir awak akan khianati cinta ini,
Kerana hati awak bukan hanya untuk saya,
Katanya cinta tapi buktinya tiada,
Awak pergi dan memilih dia.

Tinggal saya,
Yang selalu menunggu cinta awak,
Sendiri saya,
Yang bersama sisa kasih sayang awak,
Hanya saya,
Yang sentiasa berharap awak hanya milik saya.

Kebahagiaan awak, adalah milik saya,
Bukan dia.
Senyum dan ketawa awak, hanya untuk saya,
Bukan dia.
Hidup awak kerana saya,
Bukan dia.

Saya, menunggu agar suatu hari nanti, awak sedar dan datang hargai saya 🌷

Share:

Selamanya

Saya tak sempurna,
Saya juga tak akan pernah sempurna,
Jika kesempurnaan yang awak cari,
Maaf, itu bukan saya.

Sempurna saya bila dengan awak,
Lengkap nya saya jika bersama awak,
Saya dicipta untuk melengkapkan,
Juga untuk dilengkapkan.

Saya cuba untuk bahagia,
Saya cuba untuk tersenyum,
Saya cuba untuk terus hidup,
Saya cuba sedaya upaya kerana awak.

Bahagia itu bila awak ada dengan saya,
Senyuman saya ada erti bila saya bersama awak,
Hidup saya bermakna dengan hadirnya awak,
Semua tentang saya adalah awak.

Pergi awak, dengan kerelaan,
Kehilangan awak, terlalu berat,
Kebahagiaan awak, dalam doa saya,
Supaya awak, selalu tersenyum.

Sayang saya, selalu,
Cinta saya, sentiasa,
Rindu saya, tak terhapus,
Kenangan awak dan saya, dalam ingatan.

Pergimu dengam iringan doa agar kau akan kembali kepadaku dan menjadi milikku kembali, selamanya 💞

Share: