Friday, 30 June 2017

Awak yang terbaik 💞

Saya disini, tak akan pernah pergi,
Selalu disisi, menemani awak,
Sentiasa bersama, di setiap hari-hari awak,

Tak perlu ade kata maaf,
Kerana awak tak pernah menyakiti,
Tak juga mengecewakan,
Kerana awak yang terbaik.

Tak perlu undur waktu dulu,
kerana hari-hari saya,
Indah dengan adanya awak.

Awak satu anugerah untuk saya,
Senyum awak, ketawa awak,
Adalah bahagia saya.

Saya cinta awak,
Bukan kerana kesempurnaan awak,
Tapi kerana kelemahan awak.

Awak sempurnakan kelemahanan saya,
Sebagaimana saya sempurna,
Kerana hadirnya awak.

Cinta saya tak mampu saya gambarkan,
Sayang saya tak mampu saya ungkapkan,

Awak yang terbaik dan terindah dalam hidup saya

Share:

Sunday, 25 June 2017

🌹💕

Part 1

Mencintai tak semestinya memiliki,
Menyayangi tak selalunya membahagiakan,
Merindui bukannya dengan luahan.
Tapi, untuk memiliki, adalah dengan cinta.
Untuk bahagia, perlu ada rasa sayang.
Dan dengan luahan, rindu itu boleh diubati.

Jodoh itu di tangan Allah, setiap apa yang ditakdirkan olehNya, adalah satu anugerah. Cinta itu kejayaan,
Cinta itu kebahagiaan,
Cinta itu keindahan.

Cinta kepada Allah dan cinta kerana Allah.

Selagi kita dekat dengan Dia, Insyallah, Dia akan dekatkan kita dengan org kita cintai. Dan selagi kita ikhlas mencintai kerana Dia, Insyallah kebahagiaan itu milik kita.

Jujur dan ikhlas mencintai kerana Allah, seperti setianya cinta Adam dan Hawa. Bahagia nya cinta Yusof dan Zulaikha, dan indahnya cinta antara kita dan Allah, supaya kita cinta sampai ke syurga.

Part 2

Jika ada cinta dalam dirimu, selalu lah selitkan nama ku dalam doa mu. Jadikan nama ku pengisian di waktu jaga malam mu.

Jika ada keikhlasan dalam dirimu, niatkan dihati, untuk jadikan aku yang halal untukmu, untuk jadikan aku peneman di setiap perjuanganmu.

Aku tidak sempurna, dan tidak akan pernah sempurna. Lengkapkan kekurangan ku dengan kelebihan mu, dan akan ku tutup segala kelemahan mu dengan kelebihan ku.

Aku mencintaimu atas dasar cinta, bukan kesempurnaan, dan bukan juga kemewahan.

Selagi Allah mengizikan, selagi itu akan ku jaga hati ini, dan selama itu juga aku akan sentiasa mencintai dan menyayangimu. Insyallah, cinta aku sampai ke syurga ♥

Share:

Thursday, 8 June 2017

Cintamu palsu

Assalamualaikum

Dia, lelaki yang aku suka.

Pertemuan kita sudah semestinya tidak dirancang. Tapi kerana kehendakNya, kita dipertemukan.

Aku, seorang yang pernah dikecewakan, sehingga tiada lagi kasih sayang. Tak kenal apa erti nya cinta. Hati ini bersarang, ku kuncinya dari semua orang, semua jenis kasih sayang. Kerana pekhianatan itu, aku lali pada cinta.

Aku yang pada asalnya fikir sudah terlalu kuat, sudah terlalu masak dengan kata cinta, akhirnya jatuh tersungkur kembali. Hadir mu membuka kembali hati ini. Berikan aku senyuman, hadiahkan aku kebahagiaan. Ku letakkan jurang dalam percintaan ini, agar tidak aku rebah kembali. Namun, hati ini terlalu lemah, kau kembalikan kasih sayang itu, kau kembalikan kebahagiaan itu.

Pada mulanya, ku anggap semua itu ikhlas seikhlasnya. Sepenuh kepercayaan telah ku letakkan kepadamu. Namun, akhirnya kau hancurkan. Hati yang aku berikan, kau lukakan. Cinta yang aku semaikan, kau khianati. Kebahagiaan yang selama ini terbina atas dasar penipuan.

Aku hanyalah persinggahan mu. Aku hanyalah sekadar boneka bagimu. Sedangkan dia, yang engkau cintai. Dia, yang bertakhta dihatimu. Semestinya bukan aku. Tapi kerana cinta, aku biarkan sahaja. Aku terima diduakan kerana janji mu, tak akan melukai, tak akan meninggalkan.

Ku simpan segala cemburu, ku pendam kan segala kedukaan ku, hanya untuk kamu. Ku lakukan segalanya untuk bahagia mu, demi senyuman mu, hanya untuk mendengar ketawamu.

Pengorbanan ku hanya sia-sia, aku tak pernah dihargai. Kau pergi kepadanya, kau tinggalkan aku. Janji hanya tinggal janji. Aku hanya boneka mu. Tak pernah aku persoalkan, sebegini aku dipermainkan.

Tak usah kata sayang, jika kau kini hilang. Tak usah kata cinta, jika kau telah mendua. Tak usah kata rindu, jika cintamu palsu.

Aku selalu disini mengenangkan setiap detik kebahagiaan kita. Ku simpan detik manis kita berdua sebagai memori yang terindah, ku jadikan detik pahit kita sebagai pengajaran. Menanti agar suatu hari nanti kita dipertemukan kembali oleh Dia. Andai itu takdirNya, pertemuan itu pasti akan berulang kembali 🌹

Share:

Yang Terindah

Assalamualaikum

Indahnya hidup ini apabila dekat dengan Nya. Indahnya hari-hariku apabila berada di jalan Nya. Segala-galanya indah. Begitu indah dan terlalu indah sehingga tak ada satu benda pun yang boleh disamakan.

Aku yang dulunya terasa memiliki hidup yang sempurna. Sudah cukup sempurna. Dengan dikelilingi rakan-rakan, harta benda yang cukup, keluarga yang sempurna. It's totally perfect for a human. PERFECT !!!

Dulunya yang tidak ada kawan, sedih. Dulunya berseorangan, menangis. Dulunya jika tersilap, marah. Dulunya yang tidak menjaga percakapan, dulunya yang tidak menjaga perilaku, dulunya yang tidak menjaga batas pergaulan. Dulunya yang hidup dengan penuh kejahilan.

Hampir 18 tahun dididik, diajar dengan ilmu agama. Hampir 6 tahun bersekolah di sekolah agama. Tak pernah terdedah dengan perkara negatif, sosial dan sebagainya, tapi tak pernah buka hati untuk betul-betul belajar agama, betul-betul hayati apa itu Islam.

Suatu hari, kehendakNya yang membuka hatiku, untuk aku berada dekatNya, untuk aku kembali kepadaNya, untuk aku ada di jalanNya.

Dosa yang tak mungkin terhapus, dosa yang tak akan dilupakan, bergelumang dengan dosa. Tapi Dia, masih mampu memaafkan, Dia, masih menyayangi, Dia, masih menerima. SubhanAllah.

Dulu kehidupan yang disangka terlalu sempurna, rupanya hanya yang biasa-biasa. Dulu dilengkapi segalanya, harta, kasih-sayang, keluarga dan segalanya. Rupanya belum ada kesempurnaan, belum ada ketenangan, belum lagi lengkap.

Kini, aku dibawah kasih sayangNya. Aku mungkin kehilangan kehidupan yang dulu, tapi aku digantikan dengan ketenangan yang luar biasa. Aku cinta Dia. Aku perlu Dia. Kerana Dia Yang Terindah.

Dia pemberi ketenangan, Dia pemberi kasih sayang, Dia pemberi kebahagiaan, Dia pemberi segalanya di dunia dan di akhirat.

Baru kini aku sedar, segalanya kerana Dia. Ya Allah, ampunkan dosaku. Aku manusia yang berdosa dan terus menerus melakukan dosa.

Ampunkan aku, pelihara lah aku, bimbinglah aku ke jalanMu, tetapkan aku di jalan yang benar, bukalah hatiku untuk terima segala petunjuk dariMu, Istiqamah kan aku untuk sentiasa berada di jalan yang diredhaiMu.

Sesungguhnya Engkau lah Yang Terindah 💕

Share: