Wednesday, 15 August 2018

Thank you for your concern 💕

Thank you so much for your support, for your concerns.

And I'm grateful for your love, and for your cared.

Just thinking that I can't never get a person like you, same just like you.

You never talked back whenever I got angry. You never let me alone. You never left me even a second.

You always remembered me about my duty, you always remembered me about being loved.

I just very thankful for getting you as a gift from Allah, you just a special gift, that I will keep forever, till now and for ever after. Insyallah.

I realise that you are the one. When everyone left me behind, you hold my hands, and pull it in front of yours.

One day, I know that a love is trusted, and i know that love is natural. I am being in love and it's only with you, just only you. You calm me with your only one way. My smile, my laugh is only with you.

I felt like I have a brother and a sister, and also a bestfriend, I just need you, no one anymore, only you,

You're perfect just the way you are. I love you till my last breath, Insyallah.

Thank you Allah.

Share:

Friday, 27 October 2017

Persoalan tentang cinta 👣

Terlanjur mencintai...

Kadang-kadang saya terfikir,
betul ke keputusan saya untuk mencintai awak ?

Perlu ke kita lepaskan seseorang yang mencintai kita, hanya untuk seseorang yang kita cintai?

Tapi hati ini, tetap memilih dia yang kita cintai,
perlu ke kita ikut kata hati ? atau sebaliknya ?

Hati ini terlanjur mencintai dia...

Adakah hanya saya yang mencintai awak ?
Adakah hanya saya yang perlukan awak ?

Jika benar dia sayang, tak akan melukakan.
Jika benar dia cinta, tak akan mengecewakan.

Sedaya upaya saya cuba bertahan,
Pedih, sakit, saya telan, pendam, sedalam-dalamnya.

Setiap hari saya memikirkan tentang awak,
Dan tertanya-tanya, adakah awak juga memikirkan tentang saya ?

Setiap hari juga saya rindukan awak,
Ingin tahu, adakah awak juga rindukan saya ?

Sayang seribu kali sayang, semua itu sia-sia..

Adakah saya salah mencintai ?
Adakah saya silap menyayangi ?



Share:

Saturday, 7 October 2017

Kesudahannya 💔

Disaat saya mula mencintai,
Dan mula menerima,
Menerima segala kekurangan dan kelemahan,
Menyayangi setiap apa yang ada

Awak racun, dan awak juga penawarnya,
Setiap kali awak menyakiti,
Saya memaafkan,
Setiap kali awak mengecewakan,
Saya selalu bertahan

Bukan mengungkit apa yang saya telah buat,
Tapi itu yang saya rasa,

Setiap kali saya ingin berhenti,
Setiap kali saya berputus asa,
Jatuh tersungkur lemah,
Saya selalu ingat,

"Jika kamu menyayangi seseorang, fahamilah dia dan terimalah dia, kelebihan serta kekurangannya"

dan

"Janganlah kamu berputus asa untuk seseorang yang kamu cintai"

Kata-kata yang mengingatkan saya untuk terus bertahan

Tapi

Awak tak pernah menghargai,
Tetap dengan ego awak,
Tanpa memikirkan sedikit pun apa yang saya rasa,

Akhirnya

Awak pergi,
Tinggalkan saya,
Tanpa satu pun kata maaf,

Dan saya sendiri,
Menanti tanpa janji,
Tanpa arah tujuan yang pasti

Share:

Saturday, 9 September 2017

Harapan

Dulu awak datang,
Dan kemudian awak pergi,
Awak pilih dia dari saya,
Yang setia disisi awak.

Dan kini, awak kembali,
Datang menyinari,

Saya dengan ego saya,
Masih cuba menjauh,
Namun kasih sayang awak sangat istimewa,
Membuka kembali pintu dihati,
Yang sudah lama tertutup.

Hadir awak membawa satu harapan,
Harapan yang awak pernah hancurkan,
Perit dan pedih yang dulunya,
Masih tersisa.

Membuatkan saya, takut.
Takut untuk mencintai,
Takut untuk mempercayai,
Tapi,

Segalanya berubah,
Saya terlalu sayang,
Saya terlalu cinta,
Awak, dan selamanya awak,

Jangan pergi lagi,
Jangan tinggalkan saya lagi,
Jangan sakiti saya untuk yg kedua kalinya,
Dan jangan khianati cinta saya untuk awak.

Jadilah yang terakhir untuk saya, supaya saya akan selamanya bersama awak.

Saya sayang awak dulu, sekrang dan selamanya 💖

Share:

Hargai

Pertemuan kita adalah satu anugerah,
Perkenalan kita adalah yang istimewa.

Sedaya upaya saya,
Semampu saya,
Cuba buat awak tersenyum,
Cuba buat awak ketawa.

Apa yang ada dalam fikiran saya,
Adalah awak.
Apa yang saya tahu,
Kebahagiaan awak.
Apa yang ada dalam hati saya,
Cinta untuk awak.

Tak pernah terfikir awak akan khianati cinta ini,
Kerana hati awak bukan hanya untuk saya,
Katanya cinta tapi buktinya tiada,
Awak pergi dan memilih dia.

Tinggal saya,
Yang selalu menunggu cinta awak,
Sendiri saya,
Yang bersama sisa kasih sayang awak,
Hanya saya,
Yang sentiasa berharap awak hanya milik saya.

Kebahagiaan awak, adalah milik saya,
Bukan dia.
Senyum dan ketawa awak, hanya untuk saya,
Bukan dia.
Hidup awak kerana saya,
Bukan dia.

Saya, menunggu agar suatu hari nanti, awak sedar dan datang hargai saya 🌷

Share:

Selamanya

Saya tak sempurna,
Saya juga tak akan pernah sempurna,
Jika kesempurnaan yang awak cari,
Maaf, itu bukan saya.

Sempurna saya bila dengan awak,
Lengkap nya saya jika bersama awak,
Saya dicipta untuk melengkapkan,
Juga untuk dilengkapkan.

Saya cuba untuk bahagia,
Saya cuba untuk tersenyum,
Saya cuba untuk terus hidup,
Saya cuba sedaya upaya kerana awak.

Bahagia itu bila awak ada dengan saya,
Senyuman saya ada erti bila saya bersama awak,
Hidup saya bermakna dengan hadirnya awak,
Semua tentang saya adalah awak.

Pergi awak, dengan kerelaan,
Kehilangan awak, terlalu berat,
Kebahagiaan awak, dalam doa saya,
Supaya awak, selalu tersenyum.

Sayang saya, selalu,
Cinta saya, sentiasa,
Rindu saya, tak terhapus,
Kenangan awak dan saya, dalam ingatan.

Pergimu dengam iringan doa agar kau akan kembali kepadaku dan menjadi milikku kembali, selamanya 💞

Share:

Friday, 30 June 2017

Awak yang terbaik 💞

Saya disini, tak akan pernah pergi,
Selalu disisi, menemani awak,
Sentiasa bersama, di setiap hari-hari awak,

Tak perlu ade kata maaf,
Kerana awak tak pernah menyakiti,
Tak juga mengecewakan,
Kerana awak yang terbaik.

Tak perlu undur waktu dulu,
kerana hari-hari saya,
Indah dengan adanya awak.

Awak satu anugerah untuk saya,
Senyum awak, ketawa awak,
Adalah bahagia saya.

Saya cinta awak,
Bukan kerana kesempurnaan awak,
Tapi kerana kelemahan awak.

Awak sempurnakan kelemahanan saya,
Sebagaimana saya sempurna,
Kerana hadirnya awak.

Cinta saya tak mampu saya gambarkan,
Sayang saya tak mampu saya ungkapkan,

Awak yang terbaik dan terindah dalam hidup saya

Share: